Rabu, 10 Mei 2017

DayPack Gunung Tebu 3401 ka 24 April 2017

Ekspedisi bermula jam 8.00 pagi pada 24 Mei 2017.  Peserta Day Pack mendaki hanya berbekalkan beg berisi bahan makanan serta dapur, camping gas dan messtin.  Peserta wanita berkongsi pakaian solat dan perjalanan sesekali rehat. Bila tiba di lokasi yang ada punca air apa lagi masaklah. Maggie time.  Pendakian kali ini disertai 3 pasangan suami isteri dan 3 pasangan ayah membawa bersama anak. Keseluruhan peserta seramai 21 orang. 

    Ada beberapa kumpulan dari Kota Bharu, Besut, Setiu dan Team Bukit Besar Hikers yang turut sama mendaki pada hari ini. Laluan cukup meriah dengan tegur sape dan saling bertemu rakan.

        


Bertembung dengan Team Bukit Besar Hikers. Sebelum-sebelum ini sering bertembung di perut Bukit Besar bila sama-sama trainning. 



Bergambar dulu sebelum teruskan pendakian




Rest sambil melengkap slogan "Trigger Orang Rekreasi Adalah Petikan Kamera"


Grup atas tu team power... laju gerak naik dan turun. Team bawah grup mantain n santai je naik dan turun untuk Day Pack gunung Tebu ni.

Murid dan Guru di SM Sultan Sulaiman satu ketika dulu....  tak pernah menduga akan bersama di Ekspedisi Gunung Tebu DayPack ini



Rehat n Masak dulu di punca air lepas Batu Tok Hassan. Perjalanan Santai





Akhirnya semua berjaya sampai ke Puncak Gunung Tebu


Time for posing in Mount Tebu  3401 ft





 Posing  khas untuk alburm Penggerak07.blogspot di Puncak gunung Tebu dan semua gambar-gambar di sini sebahagian besarnya dari Camera Cg Mat dan Cg Mat sendiri yang snap. Cuma gambar ini je orang lain tolong snapkan hihihi... buat kelakor sikit......








Bersama Novel "Sejernih Embun" Cerita yang memang berlatarkan Gunung Tebu. Mengumpul segala dongeng2 dan cerita-cerita tentang Gunung Tebu dan digarabkan dalam sebuah novel. Cerita hanya rekaan semata-mata tapi latar cerita memang Gunung Tebu. Terbitan Tahun 2016.. Pekan ilmu Publications. Kuala lumpur. Pengarang yang pegang buku tu...


 Bukan senang nak pijak puncak

 Abang Sado senyum je  mendaki naik dan turun




Untuk cadangan kepada kumpulan yang turut mahu melaksanakan program sehari mendaki ke Puncak Gunung Tebu perlu mewajibkan semua peserta untuk berada di Puncak Gunung sehingga jam 2.00 petang. Perjalanan turun sebelum jam 2.00 petang pasti selesa dan sempat untuk semua peserta mandi di kolam-kolam sungai yang cantik dengan air sangat jernih. Malahan lokasinya juga sudah hampir dengan Kawasan Rekreasi Hutan Lipur Belatan.
                Sebenarnya aktiviti sehari mendaki ke Puncak Gunung Tebu dan kembali turun pada hari yang sama tidak begitu sesuai kepada peserta yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki gunung. Namun cukup menarik merasai pengalaman dan keupayaan menghabiskan aktiviti sehari mendaki begini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DayPack Gunung Tebu 3401 ka 24 April 2017

Ekspedisi bermula jam 8.00 pagi pada 24 Mei 2017.   Peserta Day Pack mendaki hanya berbekalkan beg berisi bahan makanan serta dapur, campi...