Selasa, 3 Mei 2016

Ekspedisi Kayak Kuala Ibai ke Pulau Kapas kembali ke Kuala Ibai 30 April & 1 Mei 2016


Merealisasikan perancangan adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Namun seluruh pergerakan ekspedisi berkayak yang bermula seawal 7.30 pagi pada 30 April 2016 dari Jeti Kayak Persatuan Kenu Negeri Terengganu cukup menarik minat semua peserta dalam usaha meneruskan kayuhan. Apa tidaknya bila digabungkan dengan El Nino yang pasti menyuluh seluruh tubuh yang berada di atas kayak. Namun Ekspedisi yang akan berakhir 1 Mei 2016 keesokkan hari mesti diteruskan untuk merasai cabaran berekreasi.

       Sebahagian peserta tidur di Rumah Kayak agar memudahkan pergerakan memulakan ekspedisi. Apa lagi dengan segala kemudahan ada di Rumah Kayak. Pasti memberi peluang dan keselesaan yang diperlukan  sebelum berekspedisi. Tidak perlu habiskan duit membayar bil hotel.

      Seperti yang  dijanjikan  tepat jam 6.30 pagi peserta-peserta mula berkumpul. Tanpa sebarang arahan masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tahu apa yang perlu disiapkan untuk bersedia menjalani sebuah ekspedisi.
        Lebih menarik Ekspedisi Kayak kali ini turut disertai oleh otai-otai yang sering menjadi Ketua Ekspedisi dalam era Malaysia Cergas Kementerian Belia dan Sukan lagi iaitu sekitar tahun 1985 hingga 1990. Mereka disertai oleh anak-anak yang bersemangat.

Gambar-Gambar  Awal Pagi 30hb April 2016 Memulakan Ekspedisi






















Di Tengah lautan

Rafting  menunggu semua peserta  - Tukar pasangan yang dah pancit...
Terlalu Gembira sampai di Pulau Kapas.... Agak je...

Menarik di Pulau Kapas







Cikgu Mohd kembali  jumpa anak-anak murid

Crue by boat - Tumpang sekaki berkhemah







Kejernihan Laut Pulau Kapas

Sahabat lama bertemu - 2 orang Otai yang membawa aktiviti
Rekreasi di Negeri Terengganu  Tahun 1980 an dulu. En Mansor
bin Omar  dan En Noriza bin Aziz.

Malam Suai Kenal dan sedikit Ice Brekking

Patutnya Cikgu Mat bawak peserta ekspedisi - Candat dengan kayak
            Rupanya peserta Ekspedisi kali ini ada yang dari Selangor, Johor, Kelantan dan Kedah. Ini tidak termasuk peserta IPT yang ada di Kuala Nerus. Memang Ekspedisi ini hanya sekadar sesama bekas ahli atau mini Re Union untuk Persatuan Rekreasi Negeri Terengganu yang ditinggalkan sudah agak lama. Namun atas permintaan yang ramai maka dibuka penyertaan kepada siapa sahaja yang ingin merasa pengalaman berekspedisi kayak.

Harmony Camp Site di Pulau  Kapas  memang menepati citarasa outdoor












Gambar-Gambar  Awal Pagi 1 Mei 2016 Pulau Kapas ke Kuala Ibai

               















Boat yang sedia mengekori peserta xpdc

Crue Boat yang cukup berdedikasi - Mr Ayub yang berbaju kuning
tu memang betul tapi 2 lagi tu nampak bukan dia





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DayPack Gunung Tebu 3401 ka 24 April 2017

Ekspedisi bermula jam 8.00 pagi pada 24 Mei 2017.   Peserta Day Pack mendaki hanya berbekalkan beg berisi bahan makanan serta dapur, campi...