Kami Team Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu berkesempatan untuk sama-sama memeriahkan Kapas Marang Swimmingthon 2017 sebagai skuad pembantu untuk setiap perenang.
Menjadi nadi dalam menjayakan acara renang ini dan tidak ramai yang sedar tentang kami bersama 70 buah kayak berada di air memastikan semua perenang selamat.


Di bawah ini kami sertakan beberapa keping gambar yang sempat diambil untuk tatapan kita semua.
Diperturunkan juga berita penuh dari Utusan Online
Seramai 400 peserta lelaki dan wanita termasuk dari 26 negara beraksi dalam kejohanan tahunan edisi ke-18 dalam suasana lebih meriah sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.
Sebanyak enam kategori dipertandingkan dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000 ditawarkan.
Dalam kejohanan renang sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke tanah besar itu, kategori lelaki 12 -29 tahun dikuasai oleh perenang Malaysia, Estino Taniyu dengan catatan masa 1 jam 51 minit dan 51 saat, diikuti Hamizan Aiman Hamid dan Chua Chia Chun.
Bagi kategori lelaki 30-46 tahun, peserta dari United Kingdom, Andrew Tebbutt muncul sebagai juara (1:39.20) manakala peserta dari Malaysia, Alvin Tam Fei Hung dan Sam Ng di tempat kedua dan ketiga.
Dean Hancock dari Australia yang mencatat masa 1:34.10 muncul sebagai juara kategori lelaki 47 tahun ke atas, disusuli
Tsuyoshi Sawada (Jepun) dan Stephen Jestico (Australia).
Tertutup Terengganu dikuasai oleh Hamizan Aiman Hamid (1:57.12) , Chua Chin Chun dan Chua Chia Kiat.
Peserta dari Malaysia, Yeong Zhen Yi (1:40.23) menjuarai kategori kategori wanita 12-34 tahun manakala Nur Iman Nabillah Mohamad Noor Azlan di tempat kedua dan Toh Loo Ee (ketiga).
Bagi wanita 35 tahun ke atas pula, Alexandra Evans dari Australia berada di tempat teratas dengan masa 1:48.10, dikuti
Jessi Wong (Malaysia) dan Melanie Ho (Singapura).
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A Latiff Awang. - UTUSAN ONLINE
Team Kayak Penggerak Rekreasi Terengganu
Taklimat dari Chef kami sebelum acara renang dimulakan. Saudara Dzulkafli Abas @ Majoe dalam usaha menjayakan misi kali ini. Seingat saya sejak bermula acara renang Kapas Marang ini memang dilengkapi dengan puluhan kayak yang mengiringgi. Kalau dulu tugas ini dipikul oleh Persatuan Kenu Negeri Terengganu sepenuhnya namun tahun-tahun kebelakangan ini penyertaan skuad berkenu dibuka kepada semua yang berminat.
Hasilnya berebut-rebut permohonan untuk menjadi team kayak dalam swimmingthon ini. Dari pelusuk negeri memohon untuk jadi team kenu.
Berekreasi sambil berbakti. Memang itu menjadi moto orang-orang rekreasi.
Malas nak tulis panjang jom kita pakat tengok gambar-gambar yang dilampirkan.
Sama-sama check kayak dulu sebelum digunakan esok hari
Kayak diangkut dari Kelab Kenu Marang secara gotong royong. Malahan sebahagiannya menjadi rebutan untuk saja-saja berkayuh dari Marang ke Pulau Kapas.
Lokasi Penamat di Pantai Kelulut Marang
Lokasi Sungai Marang Kayak Club memang memukau pandang kepada yang kali pertama sampai sebelum bertolak ke Pulau Kapas.
Cukup dulu nanti akan dimuatkan beberapa cerita menarik bersama Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan