Selasa, 29 November 2016

Ekspedisi Berkayak Kuala Berang ke Kuala Terengganu 29 - 30 OKT 2016

      Seramai 22 orang peserta XPDC Berkayak Sungai Terengganu telah dilepaskan pada jam 9:00 pagi pada 29 Oktober 2016. Ekspedisi yang dikendalikan oleh Persatuan penggerak Rekreasi Negeri Terengganu merupakan Ekspedisi ke dua pada tahun ini selepas berkayak ke Pulau Kapas. Kali ini agak santai sebab hanya menyusuri sungai namun cabarannya tetap ada.
       Seingat admin Ekspedisi Kayak pertama ini telah dimulakan pada tahun 1987 bermula dari Kuala Berang ini. Waktu itu dikelolakan oleh Persatuan Rekreasi Negeri Terengganu. Kemudian laluan ini dilalui oleh banyak kali ekspedisi termasuk juga dengan Ekspedisi Berakit yang dianjurkan oleh berbagai pertubuhan.
      Ekspedisi kali ini turur disertai oleh Pengerusi Persatuan Penggerak Rekreasi negeri Terengganu Cikgu Wan Adnan  dan sepanjang ekspedisi En Sabri @ Apek mengetuai pergerakan. 
    Menyusuri sungai memberi keselesaan kepada semua pendayung dalam pengendalian kayak. Apa lagi Klinik Kayak turut dibentuk sebelum ekspedisi ini di mulakan. Sememangnya dikalangan peserta ada yang belum pernah berekspedisi dengan kayak.







Tanggal 29 Oktober 2016 tepat jam 9.00 pagi Ekspedisi dimulakan dari bawah Jambatan Kuala Berang atau lebih tepat dari Taman Rekreasi Bandar Kuala Berang. Di sinilah juga khemah dipasang untuk bermalam dan semua taklimat sebelum ekspedisi dimulakan.  Memang sudah agak lama ekspedisi kayak merentas Sungai Terengganu ini dilaksanakan. Atas  semangat berpesatuan dengan membawa keinginan berekspedisi, akhirnya program ini dapat dilaksanakan.

     
            Ekspedisi kali ini turut disertai oleh anak muda yang menggelar team mereka sebagai Muslim Outdoorian. Mereka turut sama bergabung memeriahkan ekspedisi ini. Kami amat mengalu-alukan untuk terus sama-sama menyertai ekspedisi-ekspedisi akan datang. Memang mereka terdiri dari tenaga muda yang hebat-hebat. InsyaAllah khabarnya akan turut serta sama-sama ke Everest Base Camp bersama dengan PPRNT...

           Perjalanan hari ini berhenti di Check Point ke dua di Kampung Pasir Tinggi. Di sinilah tempat malam ke 2 ekspedisi. Lokasi yang agak mudah untuk  suport team membawa kenderaan rapat ke sungai. Lokasi perkhemahan juga agak luas serta dekat dengan kedai runcit.







          Hari berikutnya pada 30 Oktober 2016 ekspedisi diteruskan menuju ke Muara Sungai Terengganu namun lokasi di jeti antara Muzium dan Pulau Wan Man telah dipilih sebagai destinasi penamat. Memang agak santai namun cukup memberi satu pengalaman yang sukar untuk ditemui di mana-mana.
          Hanya peserta ekspedisi sahaja yang memilikinya.


Suami isteri Outdoor




Otai tetap berbisa





























        Ekspedisi Kayak ini tamat pada jam 2.00 petang tanggal 30 Oktober 2016 di tepi Pagar Muzium Negeri Terengganu. Tahniah kepada semua pendayung yang berjaya menamatkan misi ekspedisi kali ini. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DayPack Gunung Tebu 3401 ka 24 April 2017

Ekspedisi bermula jam 8.00 pagi pada 24 Mei 2017.   Peserta Day Pack mendaki hanya berbekalkan beg berisi bahan makanan serta dapur, campi...