Rabu, 30 November 2016

Bendera Terengganu di Everest Base Camp


                   Jam 4.30 pagi dalam gelap gulita bertemankan lampu suluh pendakian bermula ke Puncak Kalapathar 5550m dalam suhu -10. Bertemankan lampu suluh dikepala benar-benar mampu menyelamatkan keadaan. Malim Gunung Everest langsung tidak mambawa lampu. Laluan perjalanan lebih kurang 25 hingga 45 darjah menegak. Digagahi juga melangkah.
          Cabaran utama adalah suhu minus. Tidak pernah menjangkakan diri ini mampu sampai ke puncak dan kemudian bergerak ke Everest Base Camp. Tangan sudah kebas-kebas kesejukan. Winter di kawasan pergunungan sekarang. Turut berada di kawasan pergunungan Everest bila bersama-sama dengan pendaki lain berkumpul untuk menyelamatkan diri ketika berlaku gegeran gempa bumi. Namun pendakian mampu diteruskan bilan mendapat green light dari penguasaan tempatan.
           30hb November 2016 sekali lagi menjadi tanda untuk bendera Terengganu berkibar lagi di Everest Base Camp. Tahniah Timbalan Pengerusi Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu Saudari Dzulkafli Abas membawa cabaran diri ke EBC dalam usia 60 tahun....pada tahun 2017 nanti. Beliau masih berada di Nepal dan baru memulakan misi turun dari Everest Base Camp. Sedikit gambar perkongsian yang dikirimkan beliau.
           Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Kenu Negeri Terengganu yang selama ini atlit-atlit beliau yang sering menyumbang Pingat Emas Perak Gangsa namun hari ini Mr Presiden sendiri mengulanggi pencapaian Emas untuk seluruh hidupnya.









          

Selasa, 29 November 2016

Pulau Redang 3 hingga 5 Mac 2017

 Jom Ke Pulau Redang

        Kepada yang berminat menyertai kami ke Pulau Redang pada 3, 4 dan 5 Mac 2017 boleh buat tempahan sekarang. Kita akan berkhemah di Pulau Pinang Pulau Redang. Apa yang kami sediakan dan tidak sediakan sebagaimana dinyatakan;

            1.  Tiket Feri Pergi dan balik dari jeti Merang ke Redang kembali ke Merang disediakan
            2.  Boat Round Island dan Snorkeling di Check Point Pulau Berhampiran.
                 Pulau Lima... Pulau Ekor Tebu dan Pulau Pinang disediakan
            3.  Boat ke Perkampungan Redang disediakan
            4.  Jaket Keselamatan disediakan
            5.  Peralatan masak & Tong gas masak disediakan  - Pinggang mangkuk periuk belangga
                 bawak sendiri
            6.  Snorkeling set bawa sendiri tapi boleh di sewa di Pulau Redang
            7.  Baju T (Biar cantik bergambar sama-sama nanti) disediakan
            8.  Khemah dinasihatkan bawa sendiri
            9.  Makan minum disediakan.
          10.  Sewa Tapak kami bayar

        Apa yang perlu anda bawa

            1.   Peralatan mandi
            2.   Peralatan peribadi
            3.   Khemah jika ada atau tak mahu kongsi
            4.   Snorkeling set (Boleh sewa)

        Program sesama kita. Tapak

Marinne Park






Boat Round Island n Check Point Snorkeling

Lokasi kita singgah

Lokasi sama di atas

Berminat nak ikut kita akan tunggu di Kuala Terengganu tak kira di mana anda berada. Cuma booking dulu sebab penyertaan terhak juga. Butiran Tempahan dengan persatuan;

email: penggerak07@gmail.com
Wassup:  013 3866400
0139509614 
Bayaran: RM180.00 seorang.
Tarikh: 3 hingga 5 Mac 2017

Ekspedisi Berkayak Kuala Berang ke Kuala Terengganu 29 - 30 OKT 2016

      Seramai 22 orang peserta XPDC Berkayak Sungai Terengganu telah dilepaskan pada jam 9:00 pagi pada 29 Oktober 2016. Ekspedisi yang dikendalikan oleh Persatuan penggerak Rekreasi Negeri Terengganu merupakan Ekspedisi ke dua pada tahun ini selepas berkayak ke Pulau Kapas. Kali ini agak santai sebab hanya menyusuri sungai namun cabarannya tetap ada.
       Seingat admin Ekspedisi Kayak pertama ini telah dimulakan pada tahun 1987 bermula dari Kuala Berang ini. Waktu itu dikelolakan oleh Persatuan Rekreasi Negeri Terengganu. Kemudian laluan ini dilalui oleh banyak kali ekspedisi termasuk juga dengan Ekspedisi Berakit yang dianjurkan oleh berbagai pertubuhan.
      Ekspedisi kali ini turur disertai oleh Pengerusi Persatuan Penggerak Rekreasi negeri Terengganu Cikgu Wan Adnan  dan sepanjang ekspedisi En Sabri @ Apek mengetuai pergerakan. 
    Menyusuri sungai memberi keselesaan kepada semua pendayung dalam pengendalian kayak. Apa lagi Klinik Kayak turut dibentuk sebelum ekspedisi ini di mulakan. Sememangnya dikalangan peserta ada yang belum pernah berekspedisi dengan kayak.







Tanggal 29 Oktober 2016 tepat jam 9.00 pagi Ekspedisi dimulakan dari bawah Jambatan Kuala Berang atau lebih tepat dari Taman Rekreasi Bandar Kuala Berang. Di sinilah juga khemah dipasang untuk bermalam dan semua taklimat sebelum ekspedisi dimulakan.  Memang sudah agak lama ekspedisi kayak merentas Sungai Terengganu ini dilaksanakan. Atas  semangat berpesatuan dengan membawa keinginan berekspedisi, akhirnya program ini dapat dilaksanakan.

     
            Ekspedisi kali ini turut disertai oleh anak muda yang menggelar team mereka sebagai Muslim Outdoorian. Mereka turut sama bergabung memeriahkan ekspedisi ini. Kami amat mengalu-alukan untuk terus sama-sama menyertai ekspedisi-ekspedisi akan datang. Memang mereka terdiri dari tenaga muda yang hebat-hebat. InsyaAllah khabarnya akan turut serta sama-sama ke Everest Base Camp bersama dengan PPRNT...

           Perjalanan hari ini berhenti di Check Point ke dua di Kampung Pasir Tinggi. Di sinilah tempat malam ke 2 ekspedisi. Lokasi yang agak mudah untuk  suport team membawa kenderaan rapat ke sungai. Lokasi perkhemahan juga agak luas serta dekat dengan kedai runcit.







          Hari berikutnya pada 30 Oktober 2016 ekspedisi diteruskan menuju ke Muara Sungai Terengganu namun lokasi di jeti antara Muzium dan Pulau Wan Man telah dipilih sebagai destinasi penamat. Memang agak santai namun cukup memberi satu pengalaman yang sukar untuk ditemui di mana-mana.
          Hanya peserta ekspedisi sahaja yang memilikinya.


Suami isteri Outdoor




Otai tetap berbisa





























        Ekspedisi Kayak ini tamat pada jam 2.00 petang tanggal 30 Oktober 2016 di tepi Pagar Muzium Negeri Terengganu. Tahniah kepada semua pendayung yang berjaya menamatkan misi ekspedisi kali ini. 






DayPack Gunung Tebu 3401 ka 24 April 2017

Ekspedisi bermula jam 8.00 pagi pada 24 Mei 2017.   Peserta Day Pack mendaki hanya berbekalkan beg berisi bahan makanan serta dapur, campi...