![]() |
Iffan dan Sofia di laluan ke Laban Rata |
Bukit Besar di Bandar Kuala terengganu menjadi lokasi latihan siang dan malam. Laluan mendaki melalui Sekolah Sains Terengganu di Pasir Panjang menjadi medan latihan. Ternyata latihan demi latihan menjadi impak yang baik untuk pendakian sebenar.
Walaupun nampak ringkas mendaki ke Puncak Gunung Kinabalu namun tanpa persediaan mental dan fizikal yang cukup belum pasti mampu tercapai objektif.
Kinabalu selepas berlaku gempa sudah pasti banyak yang berubah. Lengkap dengan pepatah sekali bah maka pantai turut berubah. Namun peribahasa ini dilihat lebih dekat dengan gunung untuk zaman ini.
Semua pendaki mengikuti setiap apa yang berlaku di mana-mana gunung dalam negara ini. Apa lagi kalau sesuatu yang terjadi melibatkan Gunung Kinabalu yang memiliki puncak setinggi
4095.2 meter.
Bersama 12 pendaki dari Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu maka gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk sama-sama kita kongsi.
Kalau betul-betul untuk tampalkan gambar-gambar di sini pasti sesuatu yang luar biasa. Namun cukup untuk sama-sama kita kongsi bersama.
Jika berminat menyertai boleh sama-sama kita mendaki. Hubunggi kami.
Dari catatan Cikgu Mohd Daimin
Sofea dan Irfan...
Mereka 13 dan 9. Lokman, Syed, Syakir, Syafina, Fafliyatun dan Zubir belia perkasa. Dr. Pouzi, Kamil, Dilah, Majoe dah melewati 50-an. Wan Adnan 67 dan aku 64. Kami mewakili generasi tersendiri.
Pendakian Kinabalu kali ini sejauh 9.5 km yang bermula di Timpohon dan berakhir di Low’s Peak, bukanlah untuk Sofea dan Irfan. Bukan juga untuk kami. Dalam dua pendakian lalu, kejayaan menawan puncak ialah 100%. Kali ini cuma 37%. Hanya Syed, Syafina, Zubir, Kamil dan Dilah mencecah puncak.
Pendakian Kinabalu kali ini sejauh 9.5 km yang bermula di Timpohon dan berakhir di Low’s Peak, bukanlah untuk Sofea dan Irfan. Bukan juga untuk kami. Dalam dua pendakian lalu, kejayaan menawan puncak ialah 100%. Kali ini cuma 37%. Hanya Syed, Syafina, Zubir, Kamil dan Dilah mencecah puncak.
Hujan petang turun sejak dua minggu lalu. Cuaca lebih sejuk. Di Layang-Layang, hujan mulai lebat sekejap-sekejap, dan berpanjangan hingga tengah malam. Kabus kadang-kadang bertukar tebal sepanjang trek kayu dan batu. Pendakian bertambah perit. Sejuk menggigit-gigit. Sofea sudah terketar-ketar. Sudah ada tanda-tanda hipotermia. Irfan masih mampu bertahan. Semua 14 orang berjaya mendaki 6.5 km ke Laban Rata. Pendaki terakhir tiba pukul 8 malam. Kami berehat dan tidur 4 jam sebelum menyambung pendakian. Masih berbaki 3 km lagi untuk sampai Low’s Peak.
Pukul 2.30 pagi, kami sudah menyambung langkah. Tenaga masih berbaki separuh. Tiga orang cedera akibat kejang kaki, terpaksa menyerah. Pendakian Sofea berakhir di sini. Irfan tetap bersemangat dalam raut muka yang kelat. Pendakian dalam gelap pekat dengan suhu gunung hampir 0 selsius, menuntut kekuatan minda dan fizikal pada tahap teratas. Pada 200 meter pertama, 3 orang lagi rakan kecundang. Pendakian dengan tali dan tangga bertingkat-tingkat menuju check point terakhir Sayat-Sayat ini agak kejam dan boleh membunuh minda. Oksijen menipis dan pergerakan kaki hampir terkunci. Lereng gunung semakin menegak dan langkah semakin lemah. Ketika melangkah di atas satu anak tangga, lampu kepalaku menangkap susuk tubuh di depan. Aku hampir-hampir tidak percaya. Irfan sedang berada di atas bahu bapanya. Ketika aku memotong, bapanya masih memberi kata-kata semangat kepada anaknya...
Aku sampai di Sayat-Sayat 10 minit lewat daripada masa yang ditetapkan. Ramai yang terperangkap. Kali pertama aku tersekat di sini setelah 2 kali berjaya menawan puncak. Lima orang rakan berjaya menamatkan cabaran. Dalam sepakat, kami dah buat keputusan. Kinabalu...mung tunggu aku datang April tahun depan....
![]() |
Sofia dengan bangga mengibarkan Bendera SMK Padang Midin Kuala Terengganu di Gunung Kinabalu |
Sedikit nostalgia berkaitan sijil-sijil Gunung Kinabalu yang ditampalkan di sini Ihsan dari pendaki-pendaki yang menyertai ekspedisi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan