Selasa, 26 Januari 2016

Menyusuri Sungai 23hb Jan 2016

          Memang agak menarik untuk digambarkan dengan program tiubing ini. Sebahagian peserta pasti tidak kenal diantara satu sama lain. Namun  Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu berjaya menghimpunkan mereka. Untuk bermula dan pasti kita terus bersama dengan aktiviti yang bakal dilaksanakan nanti.
Beri amanat... nasihat.... taklimat... bersedia untuk mulakan xpdc
           XPDC ini diketuai sendiri oleh Presiden Persatuan Sifu outdoor Cikgu Wan Adnan Wan Ismail. Antara Generasi awal dalam rekreasi sejak slogan Malaysia Cergas diperkanalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada pertengahan tahun 1980an. Beliau sudah mengendalikan kursus-kursus outdoor. 
           Pihak persatuan memujuk dan kembali mengajak beliau berekreasi.

Tahun lepas dalam usia 67 beliau sampai ke Puncak Gunung Tebu 3401 kaki.

            Apapun tanggal 23hb Januari 2013. Seperti yang dijanjikan laluan Belukar Bukit Hulu Terengganu  hingga ke Kampung Menerong Hulu Terengganu. Persatuan Penggerak Rekreasi  menjadikan laluan ini untuk berekreasi.
            Menyusuri sungai dengan tiub lori. Tidak berakit tapi dibekalkan dengan tiub untuk setiap yang menyertai. Saya susun gambar-gambar untuk tatapan kita.

Tinggal kenderaan di Menerong... Terus ke starting point Belukar Bukit





Banyak gambar-gambar hasil dari tangan petikan kamera Cikgu Mohamad Daimin

Yati n anak-anak. Belanja ice cream dulu sebelum xpdc

Bersedia










 Tamat XPDC kali ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DayPack Gunung Tebu 3401 ka 24 April 2017

Ekspedisi bermula jam 8.00 pagi pada 24 Mei 2017.   Peserta Day Pack mendaki hanya berbekalkan beg berisi bahan makanan serta dapur, campi...