Memang agak menarik untuk digambarkan dengan program tiubing ini. Sebahagian peserta pasti tidak kenal diantara satu sama lain. Namun Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu berjaya menghimpunkan mereka. Untuk bermula dan pasti kita terus bersama dengan aktiviti yang bakal dilaksanakan nanti.
 |
Beri amanat... nasihat.... taklimat... bersedia untuk mulakan xpdc |
XPDC ini diketuai sendiri oleh Presiden Persatuan Sifu outdoor Cikgu Wan Adnan Wan Ismail. Antara Generasi awal dalam rekreasi sejak slogan Malaysia Cergas diperkanalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada pertengahan tahun 1980an. Beliau sudah mengendalikan kursus-kursus outdoor.
Pihak persatuan memujuk dan kembali mengajak beliau berekreasi.
 |
Tahun lepas dalam usia 67 beliau sampai ke Puncak Gunung Tebu 3401 kaki.
|
Apapun tanggal 23hb Januari 2013. Seperti yang dijanjikan laluan Belukar Bukit Hulu Terengganu hingga ke Kampung Menerong Hulu Terengganu. Persatuan Penggerak Rekreasi menjadikan laluan ini untuk berekreasi.
Menyusuri sungai dengan tiub lori. Tidak berakit tapi dibekalkan dengan tiub untuk setiap yang menyertai. Saya susun gambar-gambar untuk tatapan kita.
 |
Tinggal kenderaan di Menerong... Terus ke starting point Belukar Bukit |
 |
Banyak gambar-gambar hasil dari tangan petikan kamera Cikgu Mohamad Daimin |
 |
Yati n anak-anak. Belanja ice cream dulu sebelum xpdc |
 |
Bersedia |
Tamat XPDC kali ini