Khamis, 13 Oktober 2016

Peluang sertai Ekspedisi Berkayak Sungai Terengganu 28 - 30 Oktober 2016

cadangan aktiviti

Day 1 (Jumaat)  Jam 3 petang
Berkumpul di Pekan Kuala Berang. Di hujung Jambatan   lepas lampu isyarat.

Yang disediakan. Baju T, makan, paddle, jaket keselamatan, kayak, khemah besar dan jurulatih yang sentiasa bersedia melatih.

Yang berminat boleh call/wassup Puan Norfazliaton 013 950 9641
Bayaran: RM150.00 seorang.


Day 2 (Sabtu) Mula menghilir Sungai Terengganu

Hentian ke dua di Pasir Tinggi/Tebing Pasir Telemong

Day 3 (Ahad)  Bergerak ke Losong.

Boleh guna single or double kayak.

Kayak K1 & K2 & K4 tidak dibenarkan. (Nanti marah Presiden Kenu)

Peluang dibuka kepada sesiapa sahaja yang mahu turut serta. Mesti sihat tubuh badan. Klinik kayak akan diadakan untuk yang tidak tahu atau sudah lama tidak mendayung kayak.  Boleh buat bayaran sekarang dan hubunggi nombor telefon yang tertera.

Syarat-syarat;
--- Sediakan mental dan fizikal untuk mendayung kayak ---
--- Sihat tubuh badan ---
--- Siapa cepat dia dapat - Bilangan kayak terhad ---

Kalau tak jadi ahli ada lebihan bayaran sikit. Harga di atas hanya untuk ahli.

Apapun itu perancangan kita. Situasi akan berubah kalau cuaca tiba-tiba berubah.... 


DayPack Gunung Tebu 3401 ka 24 April 2017

Ekspedisi bermula jam 8.00 pagi pada 24 Mei 2017.   Peserta Day Pack mendaki hanya berbekalkan beg berisi bahan makanan serta dapur, campi...