

Merealisasikan perancangan adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Namun seluruh pergerakan ekspedisi berkayak yang bermula seawal 7.30 pagi pada 30 April 2016 dari Jeti Kayak Persatuan Kenu Negeri Terengganu cukup menarik minat semua peserta dalam usaha meneruskan kayuhan. Apa tidaknya bila digabungkan dengan El Nino yang pasti menyuluh seluruh tubuh yang berada di atas kayak. Namun Ekspedisi yang akan berakhir 1 Mei 2016 keesokkan hari mesti diteruskan untuk merasai cabaran berekreasi.
Sebahagian peserta tidur di Rumah Kayak agar memudahkan pergerakan memulakan ekspedisi. Apa lagi dengan segala kemudahan ada di Rumah Kayak. Pasti memberi peluang dan keselesaan yang diperlukan sebelum berekspedisi. Tidak perlu habiskan duit membayar bil hotel.
Seperti yang dijanjikan tepat jam 6.30 pagi peserta-peserta mula berkumpul. Tanpa sebarang arahan masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tahu apa yang perlu disiapkan untuk bersedia menjalani sebuah ekspedisi.
Lebih menarik Ekspedisi Kayak kali ini turut disertai oleh otai-otai yang sering menjadi Ketua Ekspedisi dalam era Malaysia Cergas Kementerian Belia dan Sukan lagi iaitu sekitar tahun 1985 hingga 1990. Mereka disertai oleh anak-anak yang bersemangat.
Gambar-Gambar Awal Pagi 30hb April 2016 Memulakan Ekspedisi
 |
Di Tengah lautan |
 |
Rafting menunggu semua peserta - Tukar pasangan yang dah pancit... |
 |
Terlalu Gembira sampai di Pulau Kapas.... Agak je... |
Menarik di Pulau Kapas
 |
Cikgu Mohd kembali jumpa anak-anak murid |
 |
Crue by boat - Tumpang sekaki berkhemah |
 |
Kejernihan Laut Pulau Kapas |
 |
Sahabat lama bertemu - 2 orang Otai yang membawa aktiviti
Rekreasi di Negeri Terengganu Tahun 1980 an dulu. En Mansor
bin Omar dan En Noriza bin Aziz. |
 |
Malam Suai Kenal dan sedikit Ice Brekking |
 |
Patutnya Cikgu Mat bawak peserta ekspedisi - Candat dengan kayak |
Rupanya peserta Ekspedisi kali ini ada yang dari Selangor, Johor, Kelantan dan Kedah. Ini tidak termasuk peserta IPT yang ada di Kuala Nerus. Memang Ekspedisi ini hanya sekadar sesama bekas ahli atau mini Re Union untuk Persatuan Rekreasi Negeri Terengganu yang ditinggalkan sudah agak lama. Namun atas permintaan yang ramai maka dibuka penyertaan kepada siapa sahaja yang ingin merasa pengalaman berekspedisi kayak.
 |
Harmony Camp Site di Pulau Kapas memang menepati citarasa outdoor |
Gambar-Gambar Awal Pagi 1 Mei 2016 Pulau Kapas ke Kuala Ibai
 |
Boat yang sedia mengekori peserta xpdc |
 |
Crue Boat yang cukup berdedikasi - Mr Ayub yang berbaju kuning
tu memang betul tapi 2 lagi tu nampak bukan dia |